Pages



Friday, December 14, 2012

THAILAND KE FINAL

KEPUTUSAN PERLAWANAN : MALAYSIA (0) - THAILAND (2)
Perlawanan separuh akhir ke-2 antara Malaysia dan Thailand di Stadium Supachalasai membawa Thailand ke Final dengan agregat 3-1 apabila Malaysia tewas, (0) dengan Thailand, (2).

Malaysia menghadi laluan sukar apabila Mohamad Fadhli Shas di buang padang selepas mengambil kad kuning kedua daripada Lee Min Hu pada minit ke-43 perlawanan yang seterusnya memberi kelebihan kepada Thailand untuk menamatkan kebuntuan membuat jaringan gol.

Ini terbukti apabila Teerasil Dangda menyumbat gol pertama pada minit ke 61 diikuti oleh Theerathon Bunmathan lima minit kemudian.

Tapi, bila dilihat perlawanan bola sepak awal malam tadi, mungkin untuk kita penyokong Harimau Malaya berasa tidak puas hati dengan semua keputusan pengadil yang ditugaskan pada perlawanan tadi. Pelbagai keluh kesah yang kita dapat baca di 'Muka Buku' / 'Burung Biru' contohnya, setiap saat sepanjang perlawanan 90 minit dengan 3 minit masa tambahan yang di beri. Lee Min Hu kelihatan berat sebelah dalam mengadili perlawanan ini.

Ya, adat perlawanan ada yang kalah dan menang..tapi anda boleh nilai sendiri bahawa " INI BUKAN BOLA SEPAK"


Datuk K. Raja Gopal
Apa pun kita harus berbangga dengan Harimau Malaya kerana dapat kita lihat anak buah Datuk K. Raja Gopal berhempas pulas & profesional dalam menghadapi tekanan mencuba untuk mengekalkan status juara AFF SUZUKI CUP 2012.






SELAMANYA HARIMAU MALAYA


No comments:

Post a Comment